PUTRAJAYA: Satu kementerian baru diwujudkan iaitu Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air demikian diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini.-Berita Harian


Renungan Bersama
(Surah Ali 'Imran : 21)
4/09/2009
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air diwujudkan
Mukhriz timbalan menteri, Khairy tak tersenarai
PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Dr Mahathir antara muka baru barisan Kabinet apabila dilantik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bagaimanapun tidak tersenarai.-Berita Harian
Lapan Menteri digugurkan
PUTRAJAYA: Lapan menteri digugurkan dalam barisan Kabinet baru yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak, petang ini.
Mereka ialah Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Tan Sri Amirsham A Aziz, Datuk Azalina Othman, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Datuk Ong Ka Chuan, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, Datuk Shahrir Samad dan Datuk Seri Zulhasnan Rafique.-Berita Harian
2/19/2009
Mahkamah batal waran tangkap ADUN Changkat Jering

IPOH: Mahkamah Sesyen di sini hari ini membatalkan perintah waran tangkap terhadap bekas Exco Kerajaan Perak yang gagal menghadiri perbicaraan minggu lepas berhubung tuduhan rasuah berkaitan projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar.
Hakim Azhanis Teh Azman Teh membuat keputusan itu apabila Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu melalui peguamnya Abdul Roni Rahman menyerahkan sijil cuti sakit bagi tempoh 9 hingga 12 Februari yang dikeluarkan pegawai perubatan, Unit Rawatan Rapi Koronari, Hospital Selayang.
Mohd Osman yang bersut lengkap hadir ke mahkamah pada pukul 8.45 pagi ditemani seorang lagi bekas Exco Jamaluddin Mohd Radzi yang merupakan seorang daripada lima tertuduh kes rasuah berkenaan.
Pada 10 Feb lepas, Majistret Sharmila Abdul Samad mengeluarkan perintah waran tangkap terhadap Mohd Osman kerana gagal mengemukakan sijil cuti sakit dari hospital dan menetapkan 13 April bagi sebutan semula kes waran tangkap itu.
Perintah waran tangkap itu dikeluarkan apabila adik Mohd Osman, Noriza Jailu sebagai penjamin beliau, memaklumkan mahkamah bahawa tertuduh tidak dapat hadir kerana telah dimasukkan ke hospital di Kuala Lumpur kerana masalah jantung. Bagaimanapun, Noriza berkata Mohd Osman tidak dapat menyediakan sijil cuti sakit kerana doktor masih membuat pemerhatian ke atas abangnya.
Perbicaraan kes rasuah terbabit kemudiannya ditangguhkan ke 15 dan 16 Jun depan.Mohd Osman, Jamaluddin, Usaili Alias dan dua orang lagi iaitu, juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) Ruslan Sahat dan bekas anggota Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan menghadapi 16 pertuduhan menerima dan meminta rasuah berkaitan projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dekat sini.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan di Restoran Kluang Station Cafe di Medan Istana, Bandar Ipoh Raya di sini, dan di Aquarias Restaurant & Bar, Tingkat 4, Summit Hotel, Bukit Mertajam, Pulau Pinang antara 14 hingga 19 Ogos tahun lepas.
Zul juga didakwa menerima rasuah seorang perempuan bagi tujuan mengadakan hubungan seks pada pukul 8.10 malam 14 Ogos lepas di Sri Sayang Apartment di Pulau Pinang. BERNAMA
Zahid enggan ulas Jins calon Bukit Gantang
PETALING JAYA: Menjelang pilihan raya kecil kawasan Parlimen Bukit Gantang pada 7 April depan, Senator Tan Sri Jins Shamsudin adalah antara nama yang disebut-sebut sebagai calon yang akan mewakili Umno.
Ketika diajukan mengenai kesahihan perkara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas namun katanya, ramai yang menawarkan diri untuk menjadi calon.
“Semua nama itu akan dikemukakan kepada pimpinan tertinggi parti untuk dipertimbangkan,"katanya kepadamStar Online hari ini.
Zahid bagaimanapun enggan mendedahkan nama-nama yang telah menawarkan diri itu.
"Maaf saya tidak boleh dedahkan nama itu sekarang. Tunggu sehingga pucuk pimpinan umumkan kerana ia hak mutlak Presiden Umno untuk tentukan calon,” jelas Zahid.
Pelakon veteran tersohor Jins Shamsudin merupakan anak jati Taiping dan pernah terbabit dengan Biro Ekonomi Umno bahagian Bukit Gantang.
Semalam Zahid yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, tidak kurang daripada 10 nama disenaraikan sebagai calon Umno bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, April ini.
Mengenai latar belakang calon, menurut beliau calon yang dipilih nanti mestilah individu yang boleh diterima oleh kebanyakan pengundi selain mampu memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional pada pilihan raya itu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan pada 7 April serentak dengan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri(DUN) Bukit Selambau, Kedah. Hari penamaan calon bagi kedua-dua pilihan raya itu ditetapkan pada 29 Mac.
Kerusi Parlimen Bukit Gantang kosong berikutan kematian Roslan Shaharum daripada PAS pada 9 Februari lepas akibat sakit jantung manakala DUN Bukit Selambau pula kosong ekoran peletakan jawatan V. Arumugam daripada PKR pada 8 Februari. - Mstar
Read More »»Anwar dakwa Mahadzir cuba beli Adun Kulim
Brazil ace fuels Arsenal talk
BRAZILIAN striker Nene has fuelled speculation he could join Arsenal in the summer.
Reports claim Gunners boss Arsene Wenger is plotting a swoop for the talented hitman, who has fired 14 goals in 17 games for Portuguese side Nacional this season.
Although the 25-year-old has not yet received an official approach from the Londoners, he admits a move to the Emirates would be a dream.
Nene said: “I only know about the rumours in the press.
"I have spoken with my agent and we still have not received a concrete offer.
“I am focussed on helping Nacional to seucre success this season.
"My dream is to progress in football and it is normal that I desire a bright future.” -The Sun UK
Read More »»2/18/2009
Zambry Says He Will Take follow Up Action
Perak Speaker Suspends MB And Entire Executive Council
2/16/2009
MB Selangor Yakin Wong Tetap Dapat Jalankan Tugas Dengan Cekap
Pautan
Blogger
-
Macbeth Elliot Vegan13 years ago
-
Krisis UMNO semakin parah di Perak15 years ago
Tentang Aku

- Toshuba
- Pemuda yang teringin ke Jepun tetapi lagi bagus kalau dapat ke Mekah
