2/16/2009

MB Selangor Yakin Wong Tetap Dapat Jalankan Tugas Dengan Cekap

. 2/16/2009

SHAH ALAM, 16 Feb (Bernama) -- Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yakin anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Lanjan Elizabeth Wong yang menjadi mangsa dalam skandal pengedaran gambar bogel dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Exco dengan cekap dan berkesan.

"Sebagai manusia, YB Elizabeth mempunyai hak untuk menjalani kehidupan persendiriannya dan semua pihak harus menghormatinya.

"Sehubungan itu, ahli mesyuarat kerajaan negeri dan saya akan memberikan sokongan kepada beliau bagi menghadapi saat yang mencabar ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini mengenai penyiaran gambar bogel Wong di Internet yang didakwa dilakukan dalang yang ingin membunuh kerjaya politiknya.

Abdul Khalid berkata Wong yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri, telah memberi penjelasan kepada beliau mengenai perkara itu.

Oleh itu, beliau berharap orang awam tidak membuat kesimpulan atau keputusan sendiri berhubung isu itu sebelum pihak polis mengeluarkan hasil siasatan terhadap laporan yang dibuat oleh Wong. - BERNAMA

0 ulasan:

Post a Comment