2/19/2009

Anwar dakwa Mahadzir cuba beli Adun Kulim

. 2/19/2009

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendakwa bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahadzir Khalid, cuba merasuah Ahli Dewan Undangan Negeri Kulim, Lim Soo Nee, sebanyak RM5 juta supaya melompat parti kepada Barisan Nasional (BN) pada April 2008. 

Anwar mendakwa Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia)(SPRM) mengatur satu pertemuan bagi memerangkap Mahadzir di sebuah hotel di Seberang Jaya pada Disember 2008. 

"Pertemuan ini dirakam melalui CCTV yang diatur dengan pengetahuan BPR. Tiada tindakan susulan diambil, sebaliknya saya difahamkan pegawai BPR yang bertanggungjawab dalam operasi ini kemudian ditukarkan," katanya dalam pembahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.


Terdahulu, beliau berkata, pada 11 April 2008, Lim dihubungi ejen Mahadzir untuk memujuk Adun berkenaan melompat parti daripada PKR ke BN dengan tawaran RM4 juta. 

Katanya, tawaran itu kemudian dinaikkan kepada RM5 juta dan satu pertemuan cuba diaturkan untuk menemukan Lim dengan Mahadzir dan Timbalan Perdana Menteri. - Berita Harian

1 ulasan:

SonicYouth said...

Lawan tetap lawan!!!!!!!!!!!!

Post a Comment